Nenek saya yang dikasihi.
Nenek tidak sempat lihat aku menjejak kaki kemenara gading. Aku tahu, itulah impian nenek semasa hayatnya. walau bagaimanapun, takdir Ilahi nenentu segalanya. Nenek meninggal dunia ketika umurnya menjangkau hampir lapan puluh tahun.
Aku rasa terkilan kerana aku tidak ada disisinya waktu nenek menghembus nafas yang terakhir. Pada waktu itu aku berada diPulau Tioman kerana mengikuti satu ekspedisi yang dianjur Pesatuan Geografi. Hati bertambah sedih bila ibu beritahu nenek asyik menyebut nyebut namaku sebelum pemergiannya ke alam baqa.
Kini, peristiwa itu sudah lima tahun berlalu. Namun, kasihsayang ku terhadap nenek tidak pernah luput. Selama ini, kemesraan dan kasih sayang nenek tidak pernah berbelahbahagi kepadaku. Tambahan pula aku sering ditinggal bersama nenek kerana ibubapa ku menjalankan perniagaan daripada satu tempat ke satu tempat ke satu tempat yang lain.
Masih kuingat, setiap kali waktu hendak tidur, nenek akan membelai belai rambutku dengan lembut. Nenek juga tidak pernah menolakkan pemintaanku bila aku menyuruhnya mencerita kisah raja raja dalam zaman dahulu kal. Nenek akan berceritakan sehingga aku lelap.
Kesedihanku ini juga mungkin disebab aku pernah melawankan cakap atau meninggikan suara tehadapnya. Namun, apakan daya, bumi mana yang tidak ditimpakan hujan, laut mana yang tidak bergelombang. Sesungguhnya aku amat kesal kerana tidak sempat minta maaf kepadanya. Aku berdoa agar nenek sejahtera selamanya dan rohnya akan dicucur rahmat.
Comments
Post a Comment